Thursday, 5 January 2012

Larian & Penyampaian Hadiah Festival Sukan Umno Cawangan Pengkalan Minyak Tahun 2011


Dianggap sebagai penutup segala aktiviti sepanjang tahun, UMNO Cawangan Pengkalan Minyak dengan kerjasama JKKK Kg Pengkalan Minyak telah menganjurkan Majlis Larian & Penyampaian Hadiah Festival Sukan UMNO Cawangan Pengkalan Minyak. Ianya telah berlangsung pada hari Sabtu 31 Disember 2011. Majlis diadakan di perkarangan tempat letak kereta Masjid Sayyidina Uthman Al-Affan. Tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah YAB Ketua Menteri Melaka. Turut hadir sama ialah YB ADUN Ayer Molek.
Aktiviti pada majlis tersebut telah dimulakan dengan acara senamrobik dan diikuti dengan larian di sekeliling Kg Pengkalan Minyak. Larian itu juga turut disertai oleh YAB Ketua Menteri.
Setelah selesai acara larian dan semua yang hadir berehat seketika, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah yang mana bukan sahaja untuk acara larian tetapi juga bagi acara sukan lain yang telah diadakan sepanjang bulan Jun yang lalu. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, futsal, badminton, sepak takraw dan ping pong. Acara-acara ini telah disertai oleh penduduk Kg Pengkalan Minyak.  Selain daripada acara-acara itu, acara sukan yang paling menarik ialah bowling yang telah diadakan di Melaka International Bowling Centre. Hampir kesemua penduduk Pengkalan Minyak telah datang untuk melihat acara tersebut. 
Majlis penyampaian hadiah berakhir jam 11.15 pagi.